Thursday, December 26, 2013

NIKMAT UJIAN

NIKMAT UJIAN...

"Bila ujian datang, carilah hikmahnya..
Kasih dan rahmat Allah bersama org yg tabah dan sabar... "

Begitulah bait2 lagu nikmat ujian dendangan Nazrey Johani Raihan

Berulang kali sy dengar lagu tu sambil menghayati setiap bait kata dan liriknya.. Mmg tersentuh hati. Untuk beberapa hari pergi dan balik ofis, mmg CD dan trek tersebut lah yg sy ulang tanpa jemu.
Terus mendengar dan mendengar sambil meneliti dan menghayati.

Betullah melalui lagu tersebut, nikmat ujian amat besar bg hambaNya yang faham apakah itu ujian.
Kadang2 kita menyalahkan takdir, kenapa ini dan itu terjadi ke atas diri kita, dah berusaha tp tetap tak dapat.. Ingatlah Allah hanya memberi ujian ke atas hambanya pada tahap mana hambanya mampu menanggungnya.

Ujian dtg dari pelbagai bentuk, kekayaan, kejayaan, kesenangan, kesusahan, kegagalan semuanya adalah ujian. Allah menguji setiap hambanya untuk melihat tahap kesabaran dan keimanan setiap hambanya. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga diuji tahap keimananannya, inikan pula kita.

Kadang2, ada daripada kita.. Diuji dgn kejayaan.. Kehidupan yg berjalan lancar dr zaman kanak2 sehinggalah alam universiti.. Apa yg dihajati semua tercapai alhamdulillah. Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Di alam pekerjaan byk pula rintangan yg mendatang. Oleh kerana tak pernah rasa susah, ada yg menyalahkan takdir.

Setiap org pernah diuji. Cuma bagaimana kt menghadapi ujian tersebut. Sy hebat diuji semasa pengajian MAster sy.. Mmg rocky road... Sy terpaksa extend untuk mendapatkan master sy.. Selama ini perjalanan study sy smooth ja.. Bila diuji sy hampir juga berputus asa ketika itu, tapi Alhamdulillah sy berjaya melawan perasaan tersebut. Ujian Allah amat besar hikmahnya..

Mmg byk hikmahnya.. Di dalam perjalanan sy mendapatkan master sy, byk suka duka yg ditempuh..
Diawal master sy, sy diuji dgn Emak sy pergi selamanya, tiada supervisor selama satu semester pengajian sy.. Time tu mmg depressed dan sy masih belum mengenal dan mengerti ttg hikmah Ujian. Yg sy tahu hanya menyalahkan itu dan ini.. Betapa dangkalnya pemikiran sy ketika itu. Suka untuk menyalahkan org lain.

Alhamdulillah seiring dgn usia, sy sudah tahu apa itu ujian, menjadi lebih positif, dikala ujian menimpa. Mmg benar, apabila kita berfikiran positif dan sentiasa melihat sesuatu itu dr sudut yg positif, sesuatu yg positif akn datang kepada kita, insyaAllah..

Allah menguji kita, sbg satu tarbiyyah dariNya, untuk melihat sejauh mana kt sering mengingatinya..

" kadang2 Allah nak bg kt sabar, Dia datangkan kita dengan situasi yg membuatkan kita marah, geram... Untuk melihat sejauh mana kesabaran kita"

"Untuk bg kita kuat dan tidak putus asa, Allah uji kita dengan kegagalan"

Peringatan untuk diri sendiri..
Carilah hikmah disetiap ujian yang datang.. Semoga lebih bersyukur dan tabah dengan setiap kurniaan Allah.

Moga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari hari semalam

Zaidah Ngali



No comments:

Post a Comment