Saturday, December 28, 2013

HIKMAH UJIAN

Hikmah ujian

Suka nau nak cerita bab ujian kan... Hehe
I love the word of "TEST".. Knp??? Mengapa???
Cuba bygkan dulu time study, ckp je lah test ke mmg saya sgt cuak.. Sbb bila test kt kena memorise apa yg kita dah belajar kan, then tak tau soalan yg mcm mana plak yg akn ditanya.. Mmg serammm.. Klu x ready mmg ke laut jawabnya.. Itu test yg mmg dah ditentukan bila masanya.. So we need to prepare ourselves to face the test given by the teacher/lecturer.  klu x study.. Mmg padanlah dgn muka kan sbb peringatan dah diberi tapi tak buat..

Tapi bgimana dgn Ujian dari Allah??? Yg mmg kita tak jangka..
Klu ujian tu yg berupa kegembiraan mmg kita suka, tapi kalau sebaliknya??? Rasa2 apa yg anda rasa???

Sebagai hambaNya, kt perlulah tabah dan sabar dgn setiap ujian Allah.. Perlu yakin dgn setiap qada' dan qadar Allah. Perlu yakin pasti ada hikmahnya disetiap ujian yg kita terima sama ada baik atau sebaliknya.

Semakin usia sy meningkat, Alhamdulillah sy lebih mengerti hikmah disetiap Ujian yg datang kepada sy. Kadang2 Allah akn beri sesuatu yg kita tak suka, dan tak beri apa yg kita suka, kerana apa yg diberiNya adalah yg terbaik untuk kita. Perlu diingat perancangan Allah adalah yg sebaiknya, kerana DIA yg maha mengetahui. Kita sebagai hambaNya hanya perlu merancang, berusaha dan berdoa untuk yg terbaik

5 tahun sebelum 2013,
Saya tidak pernah mencari hikmah disebalik ujian yg Allah beri kepada sy..

1.Emak sy meninggal di semester 1 sy menyambung pengajian Master
2.Terpaksa kerja jauh dari famili, nun jauh di pantai timur
3. Master sy mengambil masa lebih lama dari yg sepatutnya
4.  still single, knp sy tak kawin2.
5. Sy mudah kesian dan terjebak dgn MLM sbb dulu rasa nk kaya cepat
6.  Doctor suspect sy high blood, dan sy gagal medical check up yg menggagalkan sy diterima sebagai management trainee di Pizza Hut dan tahap kesihatan sy kurang memuaskan untuk 2 tahun sebelum ini.

Itulah antara ujian dlm hidup sy yg mungkin tak seberat org lain, tp cukup mengajar sy byk perkara.

Ini antara hikmah yg sy dapat dari setiap ujian yg sy hadapi:
1. Saya lebih berdikari selepas ketiadaan Emak dan start rapat dengan Abah sy. Dulu sy takut sbb abah garang, tapi sebenarnya garang abah bertempat.
2. Jauh dari famili buat sy lebih berdikari dan it such a breakthrough for myself, bila everything n all d decision must be decided by myself. Dan sebenarnya bila jauh, relationship dgn famili dan adik beradik bertambah rapat. Sy dah boleh drive 5-6 hours utk smpi dungun- banting.. Yg sebelum ni sy rasa impossible tp sebenarnya I'm possible๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
3. Master, walaupun lambat.. Tp sy belajar byk benda throughout the journey, yg tiada dlm buku teks. Belajar how to deal with people, byk about the people skill. Itu yg sy rasa sgt mahal. Dan sepanjang pengajian juga mengajar sy tentang erti kesabaran, mengawal marah dan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Fikir tentang pro n cons setiap sesuatu yg terjadi dan mencari punca setiap permasalahan yg terjadi. Menjadi orang yg lebih fleksibel.
4. Still single??? Byk juga hikmahnya.. Byk aktiviti yg sy tak dapat buat dahulu, kini sy dah buat aktiviti yg sy suka tanpa halangan. Sy lebih byk masa dgn famili bila pulang ke rumah, yg paling penting sy rasa bebas.. Hehe
5. MLM...selepas beberapa MLM sy terjebak.. Sekarang lebih berhati2 dlm memilih dan tidak mudah terpedaya, fahami dahulu apa yg kita perlukan, perlu ukur baju di badan sendiri. Klu dulu tak terjebak mesti tak beringat. Lebih tahu kenapa mengapa sy join. Bukan setakat suka2. Setiap yg sy buat perlu ada target dan mission. Bukan shj untuk diri sendiri tetapi juga untuk org lain..
6. Selepas sy tahu sy berisiko tinggi untuk terdedah dgn penyakit  spt high blood.. Sy tekad utk reduce weight and change my lifestyle to healthy lifestyle. Alhamdulillah Allah bg sy ujian untuk sy berfikir dan mula dgn cara hidup yg sihat.

Cuba bayangkan, jika sy tidak diuji sedemikian rupa, mungkin sy tidak matang, dan tidak berfikir untuk menjadi yg lebih baik. Sentiasa berada di zon selesa.

Kadang-kadang untuk kita berjaya, kita perlukan tekanan ( masalah & rintangan) untuk kita maju kehadapan. Itu pun jika kita melihat sesuatu itu dari sudut yg positif.

Jadinya, mmg besar hikmahnya jika kita sentiasa mencari hikmah disebalik kejadian.. Redha dan tabah hadapi segalanya dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik.

Ingatlah Rahmat dan kasih Allah sentiasa bersama dgn orang2 yg tabah dan sabar.  Sebenarnya banyak lg hikmah tersembunyi selama 5 tahun sy mencari hikmah disebalik ujian yg dtg..

Alhamdulillah, thank you Allah, semoga sy menjadi insan yg sentiasa bersyukur dan sentiasa mencari hikmah disebalik ujian.

Zaidah Ngali




No comments:

Post a Comment