Assalamualaikum...
bila kita bercakap pasal kampung... mesti semua orang akan kata ya aku ada kampung,tapi berapa ramai antara kita yang selalu jenguk kedua ibu-bapa, sedara mara kat kampung. ataupun hanya setahun sekali (time raya) je, kita balik kampung...
sebenarnya apakah signifikannya
" kampung " dengan entri aku pada kali ini... aku tulis ni sbb aku baru balik bercuti dari kg, mmg seronok.
ya sememangya aku enjoy & happy sekali bila dapat balik kg, kalau boleh setiap hari aku nak balik kampung...tapi tu mustahil, sbb jauh... mungkin akan ada yang kata, aku cakap begini sebab aku belum sesuai or tak serasi lagi atau dgn erti kata lain aku belum jatuh cinta lagi dengan tempat di mana aku berada sekarang. kalau ada orang berkata sedemikian kepadaku, aku terima ...
(memang itu hakikatnya yang aku kena terima demi mencari ilmu, pengalaman utk menabur ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna bukan saja berilmu tinggi tetapi berperibadi unggul...InsyaAllah)Tetapi bukan itu purpose sebenar aku tulis entri ini,tidak sama sekali...
Apabila kita pulang ke kampung, sebenarnya kita akan mengimbau dan kita akan sentiasa ingat dari mana asal kita datang... supaya kita tak lupa diri... supaya kita sentiasa beringat, kerana di kampung itulah tempat kita dibesarkan sehingga menjadi orang seperti hari ini.
(kalau mmg sesapa yang dr kampungla...)Kadangkala, ada antara kita malu, untuk mengaku yang mmg kita "budak kampung"...kenapa perlu malu? Teruk sgt ke budak kampung? Tak pandai ke budak kg ni? Kadang-kadang ada gak yang suka memperlekehkan...
"eh kampungnya",
"so KPG",
"kampung sgt la ko ni" kesian kampung tu...Kampung di lihat sebagai satu elemen yang sgt "kuno" kot or budak-budak sekarang ni kata
"tak standard la"...Standard yang bagaimana pula ya? Tetiba aku jadi kritikal pulak...he he he
Kampung tak bersalah...Yang bersalah adalah manusia-manusia dalam komuniti tersebut, yang membuatkan org pandang rendah kot ...
(ni hanya telahan aku sahaja)...jangan ada sape2 yang terasa, sbb aku juga anak jati kampung. Jadi, pada aku, jika kita tak mahu orang memandang rendah, satu sahaja caranya dengan
ILMU...dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan bak pepatah Melayu ada mengatakan
"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu megembok". Tapi nak sesuai kan diri pun, jangan sampai terkeluar dr landasan kita sebagai org timur yang beragama Islam.
Tapi aku percaya, orang kampung sekarang dah berubah, dah open minded, dan mungkin lebih kreatif n inovatif...kalau tak masakan adanya "Homestay" dan ada pelbagai lagi produk pelancongan yang berasaskan kampung...
Aku
bangga jadi
anak kampung, he he he
sebelum aku lebih mengarut, baik aku berhenti dr terus mengetuk keyboard labtop ni...
segala-galanya hanya sekadar luahan dan pandangan dr seorang aku yang sgt kerdil....dan juga mengingatkan diri ini supaya tidak lupa asal usul....
entri ini ditulis, semasa aku tetiba teringat kampung...he he he
ok, wassalam
babai & jumpe lagi