Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan dulu & sekarang

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk hari ke10 Ramadhan.. Sgt cepat masa berlalu…-+ ada tinggal 20 days of Ramadhan.
Alhamdulillah utk 10 hari Ramadhan sy masih diberi kekuatan utk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim..
Apa bezanya Ramadhan 2014 dan Ramadhan tahun sebelum2 ni…
1. Tahun ni saya rasa lebih bertenaga, lebih mudah untuk sy menjalankan ibadah. Alhamdulillah
2. Rasa lebih tenang..
3. Rasa lebih bersyukur dgn nikmat kurniaan Ilahi.
Yang paling best sbb ini adalah Ramadhan pertama saya mengamalkan supplemen Shaklee. Sebenarnya pengambilan supplemen ni yg banyak membantu peningkatan energi saya.. Alhamdulillah dgn izin Allah. Perubahan paling ketara adalah sy tidak mengantuk di waktu tengahari.. Jika sebelum ini.. Mmg sy sgt lemah bila berpuasa mmg malas tahap c***n…
Alhamdulillah bila kita lebih sihat, lebih bertenaga, lebih mudah utk kita beribadah..
Kesihatan adalah kekayaan yg paling utama..
Nak tahu supplemen apa yg saya ambil.. Tgu tunggu entri seterusnya..
Wassalam
Good nite😘😘😘

Saturday, December 28, 2013

HIKMAH UJIAN

Hikmah ujian

Suka nau nak cerita bab ujian kan... Hehe
I love the word of "TEST".. Knp??? Mengapa???
Cuba bygkan dulu time study, ckp je lah test ke mmg saya sgt cuak.. Sbb bila test kt kena memorise apa yg kita dah belajar kan, then tak tau soalan yg mcm mana plak yg akn ditanya.. Mmg serammm.. Klu x ready mmg ke laut jawabnya.. Itu test yg mmg dah ditentukan bila masanya.. So we need to prepare ourselves to face the test given by the teacher/lecturer.  klu x study.. Mmg padanlah dgn muka kan sbb peringatan dah diberi tapi tak buat..

Tapi bgimana dgn Ujian dari Allah??? Yg mmg kita tak jangka..
Klu ujian tu yg berupa kegembiraan mmg kita suka, tapi kalau sebaliknya??? Rasa2 apa yg anda rasa???

Sebagai hambaNya, kt perlulah tabah dan sabar dgn setiap ujian Allah.. Perlu yakin dgn setiap qada' dan qadar Allah. Perlu yakin pasti ada hikmahnya disetiap ujian yg kita terima sama ada baik atau sebaliknya.

Semakin usia sy meningkat, Alhamdulillah sy lebih mengerti hikmah disetiap Ujian yg datang kepada sy. Kadang2 Allah akn beri sesuatu yg kita tak suka, dan tak beri apa yg kita suka, kerana apa yg diberiNya adalah yg terbaik untuk kita. Perlu diingat perancangan Allah adalah yg sebaiknya, kerana DIA yg maha mengetahui. Kita sebagai hambaNya hanya perlu merancang, berusaha dan berdoa untuk yg terbaik

5 tahun sebelum 2013,
Saya tidak pernah mencari hikmah disebalik ujian yg Allah beri kepada sy..

1.Emak sy meninggal di semester 1 sy menyambung pengajian Master
2.Terpaksa kerja jauh dari famili, nun jauh di pantai timur
3. Master sy mengambil masa lebih lama dari yg sepatutnya
4.  still single, knp sy tak kawin2.
5. Sy mudah kesian dan terjebak dgn MLM sbb dulu rasa nk kaya cepat
6.  Doctor suspect sy high blood, dan sy gagal medical check up yg menggagalkan sy diterima sebagai management trainee di Pizza Hut dan tahap kesihatan sy kurang memuaskan untuk 2 tahun sebelum ini.

Itulah antara ujian dlm hidup sy yg mungkin tak seberat org lain, tp cukup mengajar sy byk perkara.

Ini antara hikmah yg sy dapat dari setiap ujian yg sy hadapi:
1. Saya lebih berdikari selepas ketiadaan Emak dan start rapat dengan Abah sy. Dulu sy takut sbb abah garang, tapi sebenarnya garang abah bertempat.
2. Jauh dari famili buat sy lebih berdikari dan it such a breakthrough for myself, bila everything n all d decision must be decided by myself. Dan sebenarnya bila jauh, relationship dgn famili dan adik beradik bertambah rapat. Sy dah boleh drive 5-6 hours utk smpi dungun- banting.. Yg sebelum ni sy rasa impossible tp sebenarnya I'm possibleπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
3. Master, walaupun lambat.. Tp sy belajar byk benda throughout the journey, yg tiada dlm buku teks. Belajar how to deal with people, byk about the people skill. Itu yg sy rasa sgt mahal. Dan sepanjang pengajian juga mengajar sy tentang erti kesabaran, mengawal marah dan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Fikir tentang pro n cons setiap sesuatu yg terjadi dan mencari punca setiap permasalahan yg terjadi. Menjadi orang yg lebih fleksibel.
4. Still single??? Byk juga hikmahnya.. Byk aktiviti yg sy tak dapat buat dahulu, kini sy dah buat aktiviti yg sy suka tanpa halangan. Sy lebih byk masa dgn famili bila pulang ke rumah, yg paling penting sy rasa bebas.. Hehe
5. MLM...selepas beberapa MLM sy terjebak.. Sekarang lebih berhati2 dlm memilih dan tidak mudah terpedaya, fahami dahulu apa yg kita perlukan, perlu ukur baju di badan sendiri. Klu dulu tak terjebak mesti tak beringat. Lebih tahu kenapa mengapa sy join. Bukan setakat suka2. Setiap yg sy buat perlu ada target dan mission. Bukan shj untuk diri sendiri tetapi juga untuk org lain..
6. Selepas sy tahu sy berisiko tinggi untuk terdedah dgn penyakit  spt high blood.. Sy tekad utk reduce weight and change my lifestyle to healthy lifestyle. Alhamdulillah Allah bg sy ujian untuk sy berfikir dan mula dgn cara hidup yg sihat.

Cuba bayangkan, jika sy tidak diuji sedemikian rupa, mungkin sy tidak matang, dan tidak berfikir untuk menjadi yg lebih baik. Sentiasa berada di zon selesa.

Kadang-kadang untuk kita berjaya, kita perlukan tekanan ( masalah & rintangan) untuk kita maju kehadapan. Itu pun jika kita melihat sesuatu itu dari sudut yg positif.

Jadinya, mmg besar hikmahnya jika kita sentiasa mencari hikmah disebalik kejadian.. Redha dan tabah hadapi segalanya dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik.

Ingatlah Rahmat dan kasih Allah sentiasa bersama dgn orang2 yg tabah dan sabar.  Sebenarnya banyak lg hikmah tersembunyi selama 5 tahun sy mencari hikmah disebalik ujian yg dtg..

Alhamdulillah, thank you Allah, semoga sy menjadi insan yg sentiasa bersyukur dan sentiasa mencari hikmah disebalik ujian.

Zaidah Ngali




Thursday, December 26, 2013

NIKMAT UJIAN

NIKMAT UJIAN...

"Bila ujian datang, carilah hikmahnya..
Kasih dan rahmat Allah bersama org yg tabah dan sabar... "

Begitulah bait2 lagu nikmat ujian dendangan Nazrey Johani Raihan

Berulang kali sy dengar lagu tu sambil menghayati setiap bait kata dan liriknya.. Mmg tersentuh hati. Untuk beberapa hari pergi dan balik ofis, mmg CD dan trek tersebut lah yg sy ulang tanpa jemu.
Terus mendengar dan mendengar sambil meneliti dan menghayati.

Betullah melalui lagu tersebut, nikmat ujian amat besar bg hambaNya yang faham apakah itu ujian.
Kadang2 kita menyalahkan takdir, kenapa ini dan itu terjadi ke atas diri kita, dah berusaha tp tetap tak dapat.. Ingatlah Allah hanya memberi ujian ke atas hambanya pada tahap mana hambanya mampu menanggungnya.

Ujian dtg dari pelbagai bentuk, kekayaan, kejayaan, kesenangan, kesusahan, kegagalan semuanya adalah ujian. Allah menguji setiap hambanya untuk melihat tahap kesabaran dan keimanan setiap hambanya. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga diuji tahap keimananannya, inikan pula kita.

Kadang2, ada daripada kita.. Diuji dgn kejayaan.. Kehidupan yg berjalan lancar dr zaman kanak2 sehinggalah alam universiti.. Apa yg dihajati semua tercapai alhamdulillah. Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Di alam pekerjaan byk pula rintangan yg mendatang. Oleh kerana tak pernah rasa susah, ada yg menyalahkan takdir.

Setiap org pernah diuji. Cuma bagaimana kt menghadapi ujian tersebut. Sy hebat diuji semasa pengajian MAster sy.. Mmg rocky road... Sy terpaksa extend untuk mendapatkan master sy.. Selama ini perjalanan study sy smooth ja.. Bila diuji sy hampir juga berputus asa ketika itu, tapi Alhamdulillah sy berjaya melawan perasaan tersebut. Ujian Allah amat besar hikmahnya..

Mmg byk hikmahnya.. Di dalam perjalanan sy mendapatkan master sy, byk suka duka yg ditempuh..
Diawal master sy, sy diuji dgn Emak sy pergi selamanya, tiada supervisor selama satu semester pengajian sy.. Time tu mmg depressed dan sy masih belum mengenal dan mengerti ttg hikmah Ujian. Yg sy tahu hanya menyalahkan itu dan ini.. Betapa dangkalnya pemikiran sy ketika itu. Suka untuk menyalahkan org lain.

Alhamdulillah seiring dgn usia, sy sudah tahu apa itu ujian, menjadi lebih positif, dikala ujian menimpa. Mmg benar, apabila kita berfikiran positif dan sentiasa melihat sesuatu itu dr sudut yg positif, sesuatu yg positif akn datang kepada kita, insyaAllah..

Allah menguji kita, sbg satu tarbiyyah dariNya, untuk melihat sejauh mana kt sering mengingatinya..

" kadang2 Allah nak bg kt sabar, Dia datangkan kita dengan situasi yg membuatkan kita marah, geram... Untuk melihat sejauh mana kesabaran kita"

"Untuk bg kita kuat dan tidak putus asa, Allah uji kita dengan kegagalan"

Peringatan untuk diri sendiri..
Carilah hikmah disetiap ujian yang datang.. Semoga lebih bersyukur dan tabah dengan setiap kurniaan Allah.

Moga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari hari semalam

Zaidah Ngali



Tuesday, December 24, 2013

SEDAR DIRI


Sedar Diri...

Jika kita rasa hari ini kita tak pandai, untuk pandai perlulah menuntut ilmu...

Jika kita rasa kita miskin hari ini, perlulah berusaha bagaimsna untuk keluar dari kepompong kemiskinan...

Jika kita rasa hari ini kita kurang sihat, perlulah berusaha untuk jadi lebih sihat...

Tiada di dunia ini yg kita perolehi dgn mudah.. Semuanya perlukan usaha usaha dan usaha

Kadang-kadang, tekanan itu perlu untuk kita maju kehadapan keluar dari zon selesa. 

Oleh itu, perlulah kita sedar diri, siapa kita, apa kita mahu, apa perlu dicapai.. 
Kejayaan hari esok bukanlah dari usaha hari esok juga,  tetapi usaha kita hari ini yang akn menentukan kejayaan hari esok. 

Teruslah berfikiran positif, masih panjang lagi perjalanan hidup kita, kita hanya merancang tetapi segalanya Allah yang tentukan.. 

Jangan berhenti berusaha dan berdoa, insyaAllah akn ada output yg positif!!!

Always positive, 
Zaidah Ngali

Friday, December 30, 2011

Saturday, March 5, 2011

5 mac 2011

salam

pagi...
BOSAN...
KEJE....
TENSION...
STRESS...

ptg...
akhirnya...
HAPPY...hehehehe

malam...
tension lagi
still stress
bila nak settle ni?
adoiii
tolong saya...
apa ni?

YA ALLAH YA TUHANKU...
BERILAH AKU PETUNJUK...JIKA INI ADALAH YG TERBAIK UTK KU...AKU PASRAH & REDHA ATAS KETENTUAN MU...

MOGA AKU AKAN MENJADI INSAN YG LEBIH BERSYUKUR DGN NIKMAT YG ENGKAU BERIKAN...

AMIIN...